BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Sunday, November 22, 2020

KEJADIAN PINTU RUMAH DIKETUK OLEH ENTITI TIDAK DIKENALI DI SABAK BERNAM

  Pada 20 November 2020 baru-baru ni berlaku kejadian rumah penduduk kampung diketuk oleh sesuatu yang tidak dikenal pasti di beberapa kampung di Sabak Bernam seperti di kampung batu 37, Kampung Tengah dan Kampung Banting. Kejadian ketukan tu berlaku sekitar jam 10.45pm hingga 3am.

 Kejadian ini juga berlaku di rumah baru keluarga saya yang terletak di atas tanah pusaka peninggalan nenek kat kampung. Lokasi kampung tu biarlah saya rahsiakan atas faktor tertentu yang tidak perlu saya jelaskan. Tapi yang ni lain ceritanya sebab akhirnya kami dapat tahu jawapannya.

 Kejadian tu berlaku sekitar tahun 2018 setelah kami berpindah ke rumah baru yang sudah siap dibina berhadapan dengan rumah nenek. Tak lama selepas tu bermulanya kejadian ketukan pintu di pintu besar dan pintu dapur rumah baru tersebut. kadangkala bunyi ketukan pintu berlaku di dinding rumah. Sehinggalah pada jam 4 pagi salah seorang ahli keluarga terdengar ketukan di pintu dapur dan bila dibuka ternampak penampakan budak perempuan mungkin dalam lingkungan 5-6 tahun memakai gaun kembang kanak-kanak dalam era 50an macam tu melompat-lompat tanpa henti. Tu baru mukadimah belum yang akan saya ceritakan nanti, lagi la dahsyat.

 Lepas dari kejadian tu, tak lama kemudian muncul seekor kucing yang tak tahu datang dari mana tetiba muncul depan pintu dapur nak minta makan. kitorang pun bagi la makan. masalahnya kucing tu pada waktu malam tak muncul tapi siang ada je. tapi satu je yang pelik dengan kucing ni. Bila adik saya nak bawak kucing ni ke rumah nenek yang pada masa tu isi dalam rumah nenek diadakan upacara sembahyang kucing tu tetiba meronta hebat minta dilepaskan bila adik saya dukung kucing tu mendekati rumah nenek tu sehingga kucing bertindak mencakar adik saya baru kucing tu terlepas lari masuk ke hutan berhampiran. pada hari kucing tu tak muncul tapi berlaku lagi kejadian ketukan pintu.

 Sehinggalah pada malam kemuncak bila bunyi ketukan pintu besar terjadi lagi, adik saya mengintai ke pintu besar kat luar melalui tingkap bilik (masa bunyi ketukan tengah berlangsung adik saya ternampak kelibat kucing tersebut berdiri depan pintu besar tu sedang duduk depan pintu besar tersebut sambil kedengaran bunyi ketukan pintu besar tu. masa tu la kami baru dapat tahu yang kucing tu bukan kucing biasa malahan kucing tu adalah jelmaan.

 Sekian je la kisah saya pada hari ni. Ada update lagi saay akan ceritakan nanti kat Youtube channel saya.

Thursday, October 8, 2020

MEMBUAT CABARAN MENEFON KE NOMBOR BERHANTU

  6 Oktober lalu aku ada try miscall ke nombor yang didakwa berhantu yang kononnya sesiapa yang miscall ke nombor tersebut maka hantu tersebut akan menghubungi kita semula. jadi aku try la wat challenge nih.




Aku try dail ke nombor tu berdasarkan video youtube yang sebelum nih.



 Sampai hari ni 9/10/2020 aku tak terima apa-apa panggilan balas daripada nombor yang aku dail sebelum tu. Ntah la. Ada yang kata dorang dah terkena tapi aku tak dapat apa-apa call pun daripada nombor tu.


Monday, August 17, 2020

SELINA DI LERAI DAN DICONVERT LAIN

 Lama sudah tak buat coretan di dalam blog nih. Maklumlah sibuk kan. So hari ni aku nak share sikit pasal kereta aku yang asalnya model LMSS diconvert ke model LMST.


Photoshoot malam sebelum aku hantar selina ke bengkel body paint shop keesokannya


 

Plate holder aku dapat daripada FB Marketplace manakala tail light LMST aku dapat daripada member.


 Masa nak dapat bonet belakang LMST ni sebenarnya sangat panjang kisahnya. Aku jumpa iklan orang jual sebijik LMST nak lerai kat FB Marketplace. Masa aku tunjuk iklan tu kat member tukang body paint shop tu brader tu kata ada karat atas bonet tu padahal tu sebenarnya daun kering yg hinggap atas bonet tu. Mungkin masa tu gambar tu tak berapa jelas tu yang nampak macam karat tu. kikiki! 

 Tiba pada hari nak amik bonet belakang tu aku bersama ngan seorang member pergi la ke tempat iklan jual body LMST nak lerai tu. Bila aku check kawasan yang dikatakan karat tu rupanya memang betul tu hanyalah daun kering yang hinggap atas bonet tu so takda la karat seperti yang dikatakan oleh brader cat tu.

 So daripada situ aku dapat tahu daripada seller yang sebenarnya owner LMST yang nak lerai tu sebenarnya sudah meninggal dunia so waris arwah owner hantar LMST tu ke bengkel untuk dileraikan dan dijual partnya. Yela sebab takleh nak tukar nama so kena lerai la. Pada akhirnya aku amik jugak bonet belakang LMST tu dengan harga RM180 tunai. Pastu aku tinggalkan bonet tu ke body painting shop tu. 


Tiba hari yang ditunggu-tunggu. Aku hantar selina nih ke bengkel tersebut angkut sekali ngan barang-barang ni semua termasuklah bumper belakang LMST ni. Lupa nak cerita pasal bumper LMST nih. aku dapat bumpet LMST nih daripada LMST lain yang tengah lerai daripada member workshop yang lain di jenderam hulu. Aku beli dengan harga RM80 tunai. 


 


Tanpa membuang masa kami lerai semua bahagian belakang untuk diconvert ke LMST dan semua yang dilerai aku jual seadanya.




Cuma spoiler atas dan bawah aku pakai balik. tak dijual. Selebihnya aku jual sebab nak convert bontot LMST. 


Rupa selina selepas dilerai bahagian belakang


Tadaa dah siap convert tapi belum sepenuhnya sebab spoiler atas bawah belum dipasang.


 Seminggu sudah berlalu, aku datang balik ke bengkel cat nak hantar side mirror Nissan B13 yang aku dapat daripada member. Harga side mirror tu biarlah aku rahsiakan. Alang-alang aku bawak sekali boot damper baru sepasang yang aku dapat daripada shopee. malangnya aku tak sempat nak amik gambar damper tu.


Side mirror B13






Pintu sebelah kanan paling banyak ditampal simen kesan daripada kemalangan lama dulu. 



 Apa-apa update nanti aku akan update balik kat sini. Oh ya lupa aku nak bagitau location kedai cat nih. Kedai cat nih namanya MMZ Painting Workshop. Abang Muner owner kedai nih. Location di Jalan Kuari Sungai Long Hulu Langat. (Simpang masuk betul-betul seberang Pasaraya Faizal) Kerja tangan beliau memang sangat-sangat halus dan cantik Hinggakan pelanggan daripada Penang sanggup terjah ke hulu langat semata-mata nak hantar viva beliau ke kedai nih. Apa-apa soalan boleh tanya di ruangan komen di bawah.

Monday, December 9, 2019

MENUKAR BRAKE SYSTEM DARI DRUM KE DISC

 Pada 30 November 2019 (sabtu) yang lalu aku bawak kereta aku ke Boxy CMR Garage yang terletak di Jenderam Hulu Dengkil Sepang Selangor untuk menukar axle belakang kereta yang siap datang dengan VR4 disc brake system. Axle tersebut datangnya daripada kereta Iswara LMST yang sudah dilerai dan aku dah membelinya sebulan sebelumnya. Kerja-kerja penggantian dimulakan dengan menanggalkan seat belakang bagi memudahkan kerja-kerja menanggalkan kabel handbrake.


 Setelah seat belakang ditanggalkan, aku perasan ada sesuatu di balik seat belakang yang ditinggalkan oleh owner terdahulu.




Bullet staple berkarat yang belum digunakan bertaburan selain alat-alat tulis yang lain turut bertaburan.


Alat-alat tulis yang ditinggalkan oleh owner lama kereta ni.




Axle dan VR4 disc brake system 



kerja-kerja memasang dilakukan oleh pomen-pomen kereta Mitsubishi bertauliah




Setelah kerja-kerja pemasangan selesai.


 Setelah selesai pemasangan axle belakang ni, timbul masalah apabila handbrake tak cengkam dan isu handbrake bila ditarik seolah-olah ketat sangat. Pada 6.12.2019 aku datang balik ke bengkel tersebut setelah set appointment dengan pomen untuk melaras dan memperbetulkan balik handbrake system yang tak cengkam. Dan akhirnya masalah tersebut selesai. Kini handbrake cengkam sangat. 

 Ada yang mengatakan handbrake system kereta Mitsubishi VR4 tak cengkam, tapi bila pomen ni laras balik handbrake system tu kat brake disc masalah tu selesai. Itu yang membuatkan aku berasa pelik. Tapi takpe janji masalah selesai. Kini masalah baru timbul apabila bushing axle belakang mula mengeluarkan bunyi bising seolah bunyi engsel pintu. Tapi takpe aku akan set appointment untuk menservis axle tu balik cuma perlukan modal dalam rm250. 

 Setakat ni braking system sangat memuaskan hati aku bila aku membrek semasa memandu dalam kelajuan tinggi. Dah tak perlu risau kereta kurang membrek. Handbrake system pun sedap. 

 So itu saja sharing kisah kereta aku untuk harini. Bye!

Sunday, November 3, 2019

KISAH SERAM HANTU NENEK SI BONGKOK TIGA

 Lama dah aku tak berblog. jadi hari ni aku nak share kisah seram yang pernah dialami oleh kawan aku masa dia join satu kem motivasi di sebuah sekolah di Melaka. Masa tudia join kursus kem motivasi masa dia berada di darjah 6 pada tahun 1999.

 Kisah Pertama

 Masa tu selepas solat isyak mereka pun masuk tidur. Masa tu kawan aku tu masih berada kat tandas manakala rakan kursus yang lain berada dalam dorm. Tetiba muncul sosok hantu nenek si bongkok tiga tercegat kat situ. opkos la member yang lain ketakutan la. pastu seorang guru lelaki naik ke dorm baru kelibat tersebut hilang.

Kisah Kedua

 Keesokan harinya dalam kursus tu ada slot Qianmulai, semua peserta pergi la mandi kat bawah blok bilik guru besar yang mana jarang orang mandi atau buang air kat situ tapi disebabkan kem motivati so tandas tu dibuka sepanjang kursus tu. Nak dijadikan kisah seorang peserta budak lelaki, dia tengah mencari tandas untuk nak tumpang mandi memandangkan tandas semua dah penuh. So dia ni pergi la cari tandas lain. Dia ternampak ada kelibat "sesorang" masuk dalam sebuah tandas yang telah dijadikan stor menyimpan barang cuci tandas. Jadi budak lelaki tu pun ikut lembaga tu masuk. Masuk je dalam tandas tu hantu nenek si bongkok tiga memunculkan diri dan lepas tu budak tu pun pengsan.

 Sementara tu, Masa slot Qianmulai nak bermula guru pun kira kehadiran peserta kursus dan ternyata terkurang seorang iaitu budak lelaki tu. So gerakan mencari pun dimulakan dan sampai akhirnya budak tu dijumpai dalam tandas lama tu. Dan selepas dari peristiwa tu budak lelaki tu terus jadi tak berapa betul. Kesian kan.

 Jadi sebelum mengundurkan diri aku sertakan video youtube pasal kejadian tu untuk tontonan anda semua.


Orait itu saja kisah kawan aku untuk hari ni. k chow!

Tuesday, April 16, 2019

SUMPAHAN HANTU LA LLORONA


La Llrona

Bagi yang sudah menonton filem 'The Curse Of Weeping Women' pasti tertanya-tanya siapa sebenarnya Hantu La Llorona ni dan kenapa hantu ni sangat sangat berbahaya kepada kanak-kanak? Mari kita rungkai satu persatu.

 La Llorona adalah pontianak dalam bahasa Sepanyol. ngikut cerita rakyat Mexico 500 tahun dahulu menyatakan nama sebenar pontianak ni semasa dia masih hidup sebagai manusia hanya dikenali sebagai Maria. Dia adalah anak golongan bangsawan. maria juga yang dikatakan gadis yang paling cantik di Mexico pada amnya dan disebabkan paras rupanya yang menawan ramai lelaki yang menaruh hati kepadanya, sehinggalah dia berjumpa dengan seorang jejaka yang juga memiliki paras rupa yang tampan dan mereka jatuh cinta dan singkat cerita mereka pun berkahwin dan mereka memiliki 2 anak lelaki.

 Bak kata orang langit tak selalunya cerah. Suatu hari, Suaminya kantoi berdua-duaan dengan kekasih gelapnya di dalam rumah ladangnya oleh Maria. Alang-alang dah kantoi, suaminya ingin menceraikannya dan membawa sekali 2 anak lelakinya membuatkan Maria berasa sangat kecewa dan ingin membalas dendam. Di sinilah kisah ngeri dan menyayatkan hati bermula.

 Maria ingin merampas kebahagiaan yang dimiliki suaminya iaitu 2 anak lelaki kesayangan suaminya dengan membawa mereka ke anak sungai berhampiran ladang mereka dan melemaskan mereka seolah-olah dia dirasuk perasaan marah dan cemburu.



 Apabila Maria tersedar akan perbuatannya dia cuba selamatkan 2 anaknya tapi ianya sudah terlambat. Maria berasa amat menyesal atas tindakannya yang terburu-buru itu.




 Akhirnya Maria mengambil keputusan dengan melemaskan dirinya tanda dia menyesal atas perbuatannya itu.

Maria disumpah menjadi La Llorona dan dia sering mencari mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak untuk dilemaskan kononnya bagi mendapatkan kembali anak-anaknya yang sudah mati.




La Llrona menghantui rakyat negara Mexico dan sebab itulah La Llorona dianggap hantu pontianak yang paling berbahaya di dunia. Lebih berbahaya daripada pontianak di Malaysia dan kuntilanak di Indonesia.


 Kisah seram Mexico ini diabadikan dengan sebuah filem yang berjudul "The Curse of Weeping Woman A.K.A "The Curse of La Llorona".





Friday, April 5, 2019

REVIEW: PET SEMATARY (2019)

 Aku baru balik dari menonton filem Pet Sematary ni kat GSC Alamanda Putrajaya malam ni tadi. So aku rasa terdetik untuk membuat review tentang filem ini.

 Filem ini diarahkan oleh Kevin Kolsch dan Dennis Widmyer. Filem ni adalah filem yang ke-3 selepas filem yang sama yang dibuat pada tahun 1981 dan 1989 adaptasi daripada novel tulisan Stephen King. Ok tanpa membuang masa lagi aku nak cerita pasal sinopsis filem ni.

 Filem ni mengisahkan tentang Louis Creed, seorang doktor bersama ahli keluarganya iaitu isterinya Rachel, 2 anaknya iaitu Elli dan Gage serta kucingnya yang diberi nama Church berpindah dari bandar Boston ke sebuah pekan kecil bernama Ludlow untuk bertukar tempat kerja yang baru serta mencari suasana yang tenang setelah sekian lama menjalani suasana di bandar Boston yang sibuk.

Pada suatu hari si Elli, anak perempuan sulung mereka bersama ibunya si Rachel keluar ke hutan di belakang rumahnya untuk meninjau kawasan tersebut dan mereka terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang memakai topeng yang menyerupai kucing dan anjing melalukan upacara mengusung bangkai seekor anjing hitam yang rupanya untuk ditanam dan mereka (elli dan ibunya) pun pulang ke rumah. Ketika di rumah, Elli berasa tertanya-tanya tentang peristiwa tadi tu. Disebabkan sifat ingin tahu Elli itu membawanya ke sebuah tanah perkuburan haiwan peliharaan yang dinamakan "Pet Sematary" bukannya 'Pet Cemetary' seperti yang sepatutnya dieja dan di situ si Elli berkenalan dengan seorang lelaki warga emas iaitu Jud yang hidup sendirian selepas kematian isterinya. Rentetan daripada peristiwa itu Jud menjadi sangat rapat dengan Elli dan keluarga Louis.

 Rachel iaitu isteri si Louis ni dihantui pengalaman sadis zaman kanak-kanaknya apabila kakaknya Zelda yang mengidap penyakit Spinal Meningitis meninggal dengan sangat tragis semasa Rachel masih kecil dan si Rachel menyalahkan dirinya sendiri atas kematian kakaknya itu.

Kisah misteri bermula apabila Doktor Louis menerima pesakit yang bernama Victor Pascow yang dilanggar kenderaan lain di tepi jalan depan tanah perkuburan Pet Sematary dan beliau gagal menyelamatkan pesakit tu. Victor yang sememangnya sudah meninggal secara tiba-tiba bangun dan memberi amaran kepada Doktor Louis supaya jangan memanjat dan menceroboh ke kawasan larangan yang dibenteng dengan ribuan kayu di hujung tanah perkuburan Pet Sematary yang memisahkan kawasan larangan dengan tanah perkuburan haiwan peliharaan kerana kata mendiang Victor Pascow tempat disebalik benteng tu amat berpuaka dan akan membawa malapetaka kepada Doktor Louis sekeluarga jika Louis atau ahli keluarganya melanggar larangan tu. Doktor Louis tertanya-tanya akan pesanan terakhir mendiang Victor hingga pada suatu malam roh si Vitor ni membawanya ke kawasan tanah perkuburan yang dikatakan berpuaka tu tanpa Doktor Louis sedari. Kira si Louis ni menyangka perjalanan dia ke tanah perkuburan binatang peliharan tu tengah malam sebagai mimpi padahal bila si Louis ni bangun tidur beliau mendapati kakinya diselaputi tanah.

 Nak dijadikan cerita, suatu hari kucing mereka iaitu Church mati dilenyek lori di tepi jalan dan dijumpai oleh si Jud dan memaklumkannya kepada Louis. Pada malamnya juga si Jud dan si Louis membawa bangkai kuchingnya Church ke Pet Sematary dan baru si Louis mula nak korek tanah untuk tanam si kucingnya, si Jud mengajak Louis membawa bangkai kucingnya itu memanjat benteng kayu di hujung Pet Sematary dan menceroboh ke kawasan perkuburan larangan puak asli Amerika untuk ditanam. Mengikut kepercayaan puak asli zaman dahulu, jika mayat manusia atau bangkai haiwan ditanam di kawasan tersebut mayat atau bangkai terbabit akan hidup semula. Jadi ikut pemahaman Jud, jika bangkai kucing si Louis ditanam di kawasan larangan nih kucingnya akan hidup kembali dan ternyata usaha itu menjadi, akan tetapi kucingnya si Church tidak sejinak dulu malah dia berubah menjadi lebih agresif hingga mencederakan anaknya si elli dan hampir mencederakan anak lelaki bongsunya si Gage. Jadi si Louis mengambil keputusan ingin membunuh kucingnya dengan suntikan maut tapi secara tiba-tiba mengubah fikirannya dengan hanya melepaskan kucingnya ke hutan dan ternyata keputusannya itu mengundang padah. Pada hari jadi Elli mereka mengadakan majlis hari jadi Elli dan semasa elli dan rakan-rakan yang lain bermain permainan sorok-sorok, si Elli menjumpai kucingnya Church di tengah jalan dan ianya bertukar tragedi apabila Elli mati dilanggar sebuah lori tangki. si Louis yang tak redha atas kematian anak perempuannya pergi mengorek kubur anaknya Ellis dan mengebumikan mayat anak sulungnya kembali ke tanah kuburan larangan tersebut dengan harapan anaknya hidup kembali.

 Adakah kerja gila Louis ni berhasil? Apakah yang akan berlaku terhadap keluarganya? bagaimana dengan nasib si Jud? Apakah sebenarnya misteri tanah Pet Sematary tersebut? Apakah yang sebenarnya terjadi? Korang tontonlah sendiri untuk merungkai misteri Pet Semetary nih.

Review: filem nih sangat best. ringkas, tiada plot twist dan agak seram dan ngeri untuk ditonton. Jalan ceritanya sangat slow dan climaxnya amat mengejutkan. Jumpscarenya diletakkan sesuai dengan tempatnya. Jalan ceritanya juga sangat kuat menjadikan filem ini amat seram dan ngeri untuk ditonton. Karya Stephen King tak pernah mengecewakan. Cuma yang membuatkan aku rasa sangsi sebab scenography untuk scene tegang dan ganas filem ni seakan-akan dicedok ideanya dari filem Sinister karya James Wan. walau apapun secara keseluruhannya filem Pet Sematary ni memang terbaik. Dalam skala 5 aku bagi 4 bintang.

 Jangan lupa tonton filem Pet Sematary di pawagam berhampiran anda.