BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »
Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Sunday, November 3, 2019

KISAH SERAM HANTU NENEK SI BONGKOK TIGA

 Lama dah aku tak berblog. jadi hari ni aku nak share kisah seram yang pernah dialami oleh kawan aku masa dia join satu kem motivasi di sebuah sekolah di Melaka. Masa tudia join kursus kem motivasi masa dia berada di darjah 6 pada tahun 1999.

 Kisah Pertama

 Masa tu selepas solat isyak mereka pun masuk tidur. Masa tu kawan aku tu masih berada kat tandas manakala rakan kursus yang lain berada dalam dorm. Tetiba muncul sosok hantu nenek si bongkok tiga tercegat kat situ. opkos la member yang lain ketakutan la. pastu seorang guru lelaki naik ke dorm baru kelibat tersebut hilang.

Kisah Kedua

 Keesokan harinya dalam kursus tu ada slot Qianmulai, semua peserta pergi la mandi kat bawah blok bilik guru besar yang mana jarang orang mandi atau buang air kat situ tapi disebabkan kem motivati so tandas tu dibuka sepanjang kursus tu. Nak dijadikan kisah seorang peserta budak lelaki, dia tengah mencari tandas untuk nak tumpang mandi memandangkan tandas semua dah penuh. So dia ni pergi la cari tandas lain. Dia ternampak ada kelibat "sesorang" masuk dalam sebuah tandas yang telah dijadikan stor menyimpan barang cuci tandas. Jadi budak lelaki tu pun ikut lembaga tu masuk. Masuk je dalam tandas tu hantu nenek si bongkok tiga memunculkan diri dan lepas tu budak tu pun pengsan.

 Sementara tu, Masa slot Qianmulai nak bermula guru pun kira kehadiran peserta kursus dan ternyata terkurang seorang iaitu budak lelaki tu. So gerakan mencari pun dimulakan dan sampai akhirnya budak tu dijumpai dalam tandas lama tu. Dan selepas dari peristiwa tu budak lelaki tu terus jadi tak berapa betul. Kesian kan.

 Jadi sebelum mengundurkan diri aku sertakan video youtube pasal kejadian tu untuk tontonan anda semua.


Orait itu saja kisah kawan aku untuk hari ni. k chow!

Tuesday, April 16, 2019

SUMPAHAN HANTU LA LLORONA


La Llrona

Bagi yang sudah menonton filem 'The Curse Of Weeping Women' pasti tertanya-tanya siapa sebenarnya Hantu La Llorona ni dan kenapa hantu ni sangat sangat berbahaya kepada kanak-kanak? Mari kita rungkai satu persatu.

 La Llorona adalah pontianak dalam bahasa Sepanyol. ngikut cerita rakyat Mexico 500 tahun dahulu menyatakan nama sebenar pontianak ni semasa dia masih hidup sebagai manusia hanya dikenali sebagai Maria. Dia adalah anak golongan bangsawan. maria juga yang dikatakan gadis yang paling cantik di Mexico pada amnya dan disebabkan paras rupanya yang menawan ramai lelaki yang menaruh hati kepadanya, sehinggalah dia berjumpa dengan seorang jejaka yang juga memiliki paras rupa yang tampan dan mereka jatuh cinta dan singkat cerita mereka pun berkahwin dan mereka memiliki 2 anak lelaki.

 Bak kata orang langit tak selalunya cerah. Suatu hari, Suaminya kantoi berdua-duaan dengan kekasih gelapnya di dalam rumah ladangnya oleh Maria. Alang-alang dah kantoi, suaminya ingin menceraikannya dan membawa sekali 2 anak lelakinya membuatkan Maria berasa sangat kecewa dan ingin membalas dendam. Di sinilah kisah ngeri dan menyayatkan hati bermula.

 Maria ingin merampas kebahagiaan yang dimiliki suaminya iaitu 2 anak lelaki kesayangan suaminya dengan membawa mereka ke anak sungai berhampiran ladang mereka dan melemaskan mereka seolah-olah dia dirasuk perasaan marah dan cemburu.



 Apabila Maria tersedar akan perbuatannya dia cuba selamatkan 2 anaknya tapi ianya sudah terlambat. Maria berasa amat menyesal atas tindakannya yang terburu-buru itu.




 Akhirnya Maria mengambil keputusan dengan melemaskan dirinya tanda dia menyesal atas perbuatannya itu.

Maria disumpah menjadi La Llorona dan dia sering mencari mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak untuk dilemaskan kononnya bagi mendapatkan kembali anak-anaknya yang sudah mati.




La Llrona menghantui rakyat negara Mexico dan sebab itulah La Llorona dianggap hantu pontianak yang paling berbahaya di dunia. Lebih berbahaya daripada pontianak di Malaysia dan kuntilanak di Indonesia.


 Kisah seram Mexico ini diabadikan dengan sebuah filem yang berjudul "The Curse of Weeping Woman A.K.A "The Curse of La Llorona".





Tuesday, February 12, 2019

PENAMPAKAN DI BERANDA RUMAH JIRAN

 Pada 09.02.2019 masa aku balik dari kampung kat Sarawak aku minta pertolongan jiran untuk ambil aku kat Putrajaya Sentral untuk dihantar ke office aku nak ambil kereta aku. masa tu berlaku insiden di mana kereta Myvi yang dipandu jiran aku terlanggar tiang basement semasa dia mengundur.

                                                    sian dia, teruk jugak tu

 So kitorang pun balik la tempat kitorang dan lepas tu kitorang pun repair la bumper Myvi kesayangan dia.

 Nak dijadikan cerita jiran aku ni ter'spot' la something kat beranda rumah dia berupa lembaga hitam berambut panjang dan menggerbang. aku masa tu cuba nak ambil gambar tapi tak sempat sebab lembaga hitam tu hilang terus.

 Namun jiran aku sempat snap gambar lembaga hitam tu. Yang membuatkan kitorang berasa merinding ialah masa tu anak buah gadis dia (dalam awal 20an or 18-19 like that) turut berada di bawah parking lot dengan kitorang. So who's up there???

                                       tadaaa macam hantu kak limah kan...