BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Monday, April 4, 2016

ERTI PERSAHABATAN

 Fitrah manusia yang hidup di dunia ini mempunyai kawan, tak kisah lah kawan biasa, kawan baik, sahabat baik, kawan karib, rakan sekelas, rakan sekolah, rakan sekerja atau teman tapi mesra tapi yang pasti semua orang mempunyai kawan. ada yang tidak mempunyai seorang kawan pun mungkin kerana dia mempunyai masalah dengan dirinya sendiri atau mungkin dia merasa terluka dengan keadaan sekelilingnya atau mungkin keadaan memaksa. mmmm ntahh la.

 Dalam dunia yang mencabar ini kita sering melihat senario di mana kawan ada berbagai jenis. Ada yang jenis kawan yang membantu, ada jenis kawan yang sanggup berkorban untuk kawannya dan ada juga jenis kawan yang makan kawan. Itu semua bergantung kepada hati nurani masing-masing. Kawan yang sejati adalah kawan yang bisa membantu, yang bisa menenangkan kawannya tatkala kawannya dilanda kesedihan dan kawan yang bisa membuat kawannya tersenyum. Kadang-kala terdengar juga pasangan yang dulunya kawan baik kini menjadi pasangan kekasih dan tak kurang juga yang kini menjadi pasangan suami isteri. Inilah yang dinamakan jodoh. Siapa tahu kan. :)

 Apapun dalam kita berkawan janganlah kita lupa akan tanggungjawab kita kepada ibu-bapa serta adik-beradik dan juga kepada suami atau isteri dan anak-anak. Bak kata pepatah "berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu, berkahwin biarlah empat" wakakakakaka!