BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Tuesday, March 8, 2016

PENGALAMAN SERAM SEMASA SEMASA BELAJAR DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

 Pada tahun 2003, aku memasuki alam sambung belajar selepas tamat alam persekolahan. di Politeknik Kuching Sarawak. Semasa di dalam semester pertama aku tinggal di hostel blok B sebelum berpindah ke blok C disebabkan di blok B aku selalu diganggu dengan bunyi tapak kaki dan kadang-kala terdengar suara tangisan perempuan. Menurut senior yang pernah belajar di Poliku, dulu masa awal tahun 90'an, pernah berlaku kes rogol yang melibatkan pelajar perempuan dan gadis tersebut menggantung diri di hostel berkenaan. Disebabkan gangguan yang sering berlaku akhirnya bangunan blok tersebut dikosongkan dan sekarang sudah dibuka semula. kadang-kala gangguan sampai ke blok B dan saya syak perogol yang pernah merogol gadis tu tinggal di blok B. Setelah seminggu tinggal di blok B akhirnya aku berpindah ke blok C dan tinggal bersama roommate yang juga rakan sepersekolahan semasa di sekolah menengah. Mereka mesra dipanggil Iman dan Lobo. Rupanya blok C lebih seram daripada blok B disebabkan di blok C lah banyak kes bunuh diri berlaku dan banyak bilik dikosongkan dan ditutup.

 ada beberapa pengalaman seram yang aku alami sepanjang tinggal di blok C. Salah satunya, semasa di dalam bilik hostel pada suatu malam, masa tu semua penghuni sedang bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran sebab keesokkan harinya final exam dan Iman pergi ke bilik rakannya di tingkat atas untuk turut mengulang kaji. Tinggallah saya dengan Lobo yang nak masuk tidur selepas penat mengulang kaji pelajaran. Masa tu jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. baru aku nak lelapkan mata, terdengar bunyi ketukan dinding dari arah bilik air yang tak jauh daripada bilik kami. Bunyi ketukan tu semakin lama semakin dekat. Aku panggil Lobo tapi lobo senyap je. setelah bunyi tu hilang, aku terus ke bilik air untuk kencing dan sambil itu aku mengambil kesempatan meninjau setiap bilik tandas yang ada tapi aku tak jumpa apa-apa pun. Aku pun masuk ke bilik semula. Baru nak lelapkan mata aku terdengar lagi bunyi ketukan itu, kali ini dari arah bilik warden yang terletak sebelah kiri berbanding bilik air yang terletak di sebelah kanan dan bunyi ketukan itu sekali lagi 'berjalan' perlahan-lahan ke arah bilik kami. Disebabkan aku penat melayan bunyi itu aku terus tidur.

 Itulah saja pengalaman seram saya unutk kali ini. Sekian jumpa lagi.


0 comments: