BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Monday, January 28, 2019

Review: HUTAN PUAKA (ALAS PATI) - Filem Indonesia





 Pada Jumaat lepas (25 Jan 2019) aku gi tengok wayang cerita Hutan Puaka kat GSC Alamanda Shopping mall Putrajaya pada jam 5.30pm lepas balik kerja. Kla aku taknak buang masa cerita pasal kisah aku gi tengok wayang cerita tu apa semua sampai meleret-leret. Buang masa je. Aku nak cerita secara direct review citer nih. K guys!

 Cerita nih mengisahkan sekumpulan 5 pemuda-pemudi sebuah universiti yang suka mengupdate tentang uji nyali mereka di Youtube, sebabnya biasalah nak cari viewers dan seterusnya mencari side income (semakin banyak viewers semakin banyaknya duit masyuk).

 Singkat cerita dorang nih pergi la ke sebuah hutan larangan yang dinamakan Alas Pati (Hutan Kematian) untuk membuat video nak upload ke channel Youtube, nak cari viewers lertue. sampai kat sana dorang nih terjumpa satu kawasan perkuburan yang dorang rasakan amat pelik. mana tak peliknya, sebab dorang nampak mayat yang dikuburkan bukan di dalam tanah tapi di atas tanah. dorang pun gi la explore tempat tu. disebabkan kebiadapan dorang terhadap mayat-mayat dan kawasan sekitarnya, singkat cerita salah sorang dari mereka iaitu Jessy mengalami kemalangan di hutan Alas Pati tu hingga meragut nyawa dia. Jadi member-member dia yang lain pun lari meninggalkan Jessy tanpa menyelamatkannya atau at least menguruskan mayatnya. Sampai kat rumah masing-masing lepas tragedi tu la bermulanya babak-babak yang menghantui dorang satu-persatu. Pada masa yang sama pihak universiti dan keluarga Jessy masih tertanya-tanya ke mana menghilangnya si Jessy tu. Sian dia. Aku taknak cerita lanjut pasal cerita tu. Korang tengoklah cerita nih kat kat pawagam.

Review: Ok, jalan ceritanya simple, takde meleret-leret sangat dan takde banyak sangat konflik macam cinta tiga segi ke hasad dengki ke main tikam belakang ke, its simple. Takdelah semak kepala nak tengok. Jumpscare pun kurang (bagi aku ok la sebab kalau banyak sangat jumpscare nanti jadi merapu dan buat cerita tu jadi desperate plak kan). Seram dia bagi orang lain maybe seram la kot tapi bagi aku biasa-biasa je tapi yang membuatkan cerita nih best adalah sebab plot-plot dalam cerita nih. Dan tentunya ada plot twistnya yang membuat kita rasa "uish" gitew. Ending dia agak buat kita tak sangka dan sedikit gore.

Kla sekian tu jela review aku pasal cerita Hutan Puaka nih. Aku bagi 3.5 bintang in scale of 5. Jadi korang tengok la cerita Hutan Puaka (Alas Pati) nih di GSC atau TGV sementara masih ditayangkan time nih. Kbai!