BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Friday, March 15, 2019

AKU TRY BUAT MY 1ST YOUTUBE VIDEO


 Aku dah lama memasang cita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang youtube nih. Senang cerita aku memasang cita-cita untuk menjadi seorang youtuber sejak lama dah, tapi aku tak pasti jenis video apakah yang patut aku upload. Bila aku fikir balik yang menjadi persoalannya ialah boleh ke goverment servant menjadi youtuber? Boleh ke aku menunjukkan muka aku di depan kamera? Itulah yang menjadi persoalan aku.

 Aku ada beberapa option dalam memikirkan video apa yang aku nak upload:

1. Review barang yang aku baru beli
2. Paranormal
3. Top 5 fakta
4. Aktiviti atau event yang aku sertai atau hadiri
5. Petua atau cara menyelesaikan masalah
6. Life hack
7. Buat masak-masak atau kek dsb

 Tapi macam aku cakap la aku rasa was-was samada aku boleh tunjukkan muka aku atau tidak. Itulah yang aku cuak. BTW aku sempat mengupload 2 video yang aku buat tanpa apa-apa persediaan. Habis tunggang langgang presentation termasuk dari segi pertuturan dan skrip. (aku bantai cakap je)