Aku baru balik dari menonton filem Pet Sematary ni kat GSC Alamanda Putrajaya malam ni tadi. So aku rasa terdetik untuk membuat review tentang filem ini.
Filem ini diarahkan oleh Kevin Kolsch dan Dennis Widmyer. Filem ni adalah filem yang ke-3 selepas filem yang sama yang dibuat pada tahun 1981 dan 1989 adaptasi daripada novel tulisan Stephen King. Ok tanpa membuang masa lagi aku nak cerita pasal sinopsis filem ni.
Filem ni mengisahkan tentang Louis Creed, seorang doktor bersama ahli keluarganya iaitu isterinya Rachel, 2 anaknya iaitu Elli dan Gage serta kucingnya yang diberi nama Church berpindah dari bandar Boston ke sebuah pekan kecil bernama Ludlow untuk bertukar tempat kerja yang baru serta mencari suasana yang tenang setelah sekian lama menjalani suasana di bandar Boston yang sibuk.
Pada suatu hari si Elli, anak perempuan sulung mereka bersama ibunya si Rachel keluar ke hutan di belakang rumahnya untuk meninjau kawasan tersebut dan mereka terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang memakai topeng yang menyerupai kucing dan anjing melalukan upacara mengusung bangkai seekor anjing hitam yang rupanya untuk ditanam dan mereka (elli dan ibunya) pun pulang ke rumah. Ketika di rumah, Elli berasa tertanya-tanya tentang peristiwa tadi tu. Disebabkan sifat ingin tahu Elli itu membawanya ke sebuah tanah perkuburan haiwan peliharaan yang dinamakan "Pet Sematary" bukannya 'Pet Cemetary' seperti yang sepatutnya dieja dan di situ si Elli berkenalan dengan seorang lelaki warga emas iaitu Jud yang hidup sendirian selepas kematian isterinya. Rentetan daripada peristiwa itu Jud menjadi sangat rapat dengan Elli dan keluarga Louis.
Rachel iaitu isteri si Louis ni dihantui pengalaman sadis zaman kanak-kanaknya apabila kakaknya Zelda yang mengidap penyakit Spinal Meningitis meninggal dengan sangat tragis semasa Rachel masih kecil dan si Rachel menyalahkan dirinya sendiri atas kematian kakaknya itu.
Kisah misteri bermula apabila Doktor Louis menerima pesakit yang bernama Victor Pascow yang dilanggar kenderaan lain di tepi jalan depan tanah perkuburan Pet Sematary dan beliau gagal menyelamatkan pesakit tu. Victor yang sememangnya sudah meninggal secara tiba-tiba bangun dan memberi amaran kepada Doktor Louis supaya jangan memanjat dan menceroboh ke kawasan larangan yang dibenteng dengan ribuan kayu di hujung tanah perkuburan Pet Sematary yang memisahkan kawasan larangan dengan tanah perkuburan haiwan peliharaan kerana kata mendiang Victor Pascow tempat disebalik benteng tu amat berpuaka dan akan membawa malapetaka kepada Doktor Louis sekeluarga jika Louis atau ahli keluarganya melanggar larangan tu. Doktor Louis tertanya-tanya akan pesanan terakhir mendiang Victor hingga pada suatu malam roh si Vitor ni membawanya ke kawasan tanah perkuburan yang dikatakan berpuaka tu tanpa Doktor Louis sedari. Kira si Louis ni menyangka perjalanan dia ke tanah perkuburan binatang peliharan tu tengah malam sebagai mimpi padahal bila si Louis ni bangun tidur beliau mendapati kakinya diselaputi tanah.
Nak dijadikan cerita, suatu hari kucing mereka iaitu Church mati dilenyek lori di tepi jalan dan dijumpai oleh si Jud dan memaklumkannya kepada Louis. Pada malamnya juga si Jud dan si Louis membawa bangkai kuchingnya Church ke Pet Sematary dan baru si Louis mula nak korek tanah untuk tanam si kucingnya, si Jud mengajak Louis membawa bangkai kucingnya itu memanjat benteng kayu di hujung Pet Sematary dan menceroboh ke kawasan perkuburan larangan puak asli Amerika untuk ditanam. Mengikut kepercayaan puak asli zaman dahulu, jika mayat manusia atau bangkai haiwan ditanam di kawasan tersebut mayat atau bangkai terbabit akan hidup semula. Jadi ikut pemahaman Jud, jika bangkai kucing si Louis ditanam di kawasan larangan nih kucingnya akan hidup kembali dan ternyata usaha itu menjadi, akan tetapi kucingnya si Church tidak sejinak dulu malah dia berubah menjadi lebih agresif hingga mencederakan anaknya si elli dan hampir mencederakan anak lelaki bongsunya si Gage. Jadi si Louis mengambil keputusan ingin membunuh kucingnya dengan suntikan maut tapi secara tiba-tiba mengubah fikirannya dengan hanya melepaskan kucingnya ke hutan dan ternyata keputusannya itu mengundang padah. Pada hari jadi Elli mereka mengadakan majlis hari jadi Elli dan semasa elli dan rakan-rakan yang lain bermain permainan sorok-sorok, si Elli menjumpai kucingnya Church di tengah jalan dan ianya bertukar tragedi apabila Elli mati dilanggar sebuah lori tangki. si Louis yang tak redha atas kematian anak perempuannya pergi mengorek kubur anaknya Ellis dan mengebumikan mayat anak sulungnya kembali ke tanah kuburan larangan tersebut dengan harapan anaknya hidup kembali.
Adakah kerja gila Louis ni berhasil? Apakah yang akan berlaku terhadap keluarganya? bagaimana dengan nasib si Jud? Apakah sebenarnya misteri tanah Pet Sematary tersebut? Apakah yang sebenarnya terjadi? Korang tontonlah sendiri untuk merungkai misteri Pet Semetary nih.
Review: filem nih sangat best. ringkas, tiada plot twist dan agak seram dan ngeri untuk ditonton. Jalan ceritanya sangat slow dan climaxnya amat mengejutkan. Jumpscarenya diletakkan sesuai dengan tempatnya. Jalan ceritanya juga sangat kuat menjadikan filem ini amat seram dan ngeri untuk ditonton. Karya Stephen King tak pernah mengecewakan. Cuma yang membuatkan aku rasa sangsi sebab scenography untuk scene tegang dan ganas filem ni seakan-akan dicedok ideanya dari filem Sinister karya James Wan. walau apapun secara keseluruhannya filem Pet Sematary ni memang terbaik. Dalam skala 5 aku bagi 4 bintang.
Jangan lupa tonton filem Pet Sematary di pawagam berhampiran anda.
Friday, April 5, 2019
REVIEW: PET SEMATARY (2019)
Posted by Samuraiz_Heart at 10:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment