Pada tahun 2003, aku memasuki alam sambung belajar selepas tamat alam persekolahan. di Politeknik Kuching Sarawak. Semasa di dalam semester pertama aku tinggal di hostel blok B sebelum berpindah ke blok C disebabkan di blok B aku selalu diganggu dengan bunyi tapak kaki dan kadang-kala terdengar suara tangisan perempuan. Menurut senior yang pernah belajar di Poliku, dulu masa awal tahun 90'an, pernah berlaku kes rogol yang melibatkan pelajar perempuan dan gadis tersebut menggantung diri di hostel berkenaan. Disebabkan gangguan yang sering berlaku akhirnya bangunan blok tersebut dikosongkan dan sekarang sudah dibuka semula. kadang-kala gangguan sampai ke blok B dan saya syak perogol yang pernah merogol gadis tu tinggal di blok B. Setelah seminggu tinggal di blok B akhirnya aku berpindah ke blok C dan tinggal bersama roommate yang juga rakan sepersekolahan semasa di sekolah menengah. Mereka mesra dipanggil Iman dan Lobo. Rupanya blok C lebih seram daripada blok B disebabkan di blok C lah banyak kes bunuh diri berlaku dan banyak bilik dikosongkan dan ditutup.
ada beberapa pengalaman seram yang aku alami sepanjang tinggal di blok C. Salah satunya, semasa di dalam bilik hostel pada suatu malam, masa tu semua penghuni sedang bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran sebab keesokkan harinya final exam dan Iman pergi ke bilik rakannya di tingkat atas untuk turut mengulang kaji. Tinggallah saya dengan Lobo yang nak masuk tidur selepas penat mengulang kaji pelajaran. Masa tu jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. baru aku nak lelapkan mata, terdengar bunyi ketukan dinding dari arah bilik air yang tak jauh daripada bilik kami. Bunyi ketukan tu semakin lama semakin dekat. Aku panggil Lobo tapi lobo senyap je. setelah bunyi tu hilang, aku terus ke bilik air untuk kencing dan sambil itu aku mengambil kesempatan meninjau setiap bilik tandas yang ada tapi aku tak jumpa apa-apa pun. Aku pun masuk ke bilik semula. Baru nak lelapkan mata aku terdengar lagi bunyi ketukan itu, kali ini dari arah bilik warden yang terletak sebelah kiri berbanding bilik air yang terletak di sebelah kanan dan bunyi ketukan itu sekali lagi 'berjalan' perlahan-lahan ke arah bilik kami. Disebabkan aku penat melayan bunyi itu aku terus tidur.
Itulah saja pengalaman seram saya unutk kali ini. Sekian jumpa lagi.
Tuesday, March 8, 2016
PENGALAMAN SERAM SEMASA SEMASA BELAJAR DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Posted by Samuraiz_Heart at 6:31 AM 0 comments
Labels: kamsis, kuching, pengalaman, politeknik, sarawak, seram
Thursday, August 6, 2015
Kitchen Life
Sejak akhir-akhir ni aku selalu menghabiskan masa bertukang di dapur je. Kalau kebiasaannya aku menghabiskan masa weekend ku dengan kereta je, kali ni aku ada hobi baru iaitu memasak dan membuat aiskrim dan cucur kikikikiki!!! yela dah bosan asyik makan kat luar je, sekali-sekala buat la hasil air tangan sendiri pulak yedak. ade la can nak jadi surirumah tangga sepenuh masa kelak auuuuwww githeww.
Posted by Samuraiz_Heart at 6:49 PM 0 comments
Wednesday, October 8, 2014
Percutian Ke Melaka Bersama Adik-Beradik Yang Lain
Pada 4 Oktober yang lalu, kami mengadakan percutian yang dipanggil 'siblingsday' di Melaka itu pun secara last minute plan. saya pergi bercuti bersama 4 orang adik-beradik dan seorang abang ipar. (kaklong dan 2 orang adik perempuan) Saya bertolak dari Putrajaya bersama 2 adik dengan menaiki kereta saya manakala kaklong dan abang ipar saya menaiki bas dari jb dari jam 9 pagi dan masing-masing sampai ke Melaka sentral pada jam 1.30pm tu pon sebab jem teruk sepanjang highway seremban ke pedas-linggi. maklum la time tu orang berpusu-pusu balik raya haji. Sampai kat situ kami pun bergerak la ke hotel tempat kami menginap di jonker walk, so senang la kami hanya berjalan kaki ke bandar melaka kan3 kikikiki...
berselfie dulu sebelum makan kikikiki
Setelah berehat sebentar di hotel kami pun memulakan trip kami dengan singgah makan di sebuah restoran baba nyonya di jonker walk. Sesudah tu kitorang pun jalan-jalan la sambil cuci mata sepanjang jonker walk kikikiki!
ni la kaklong saya. kikikikiki
ni je sempat saya beli kat bangunan St. Paul (gambar tak sempat amik :p) buat hiasan dalam kereta kikiki...
5 Oktober
Pagi-pagi buta lagi dah kami memulakan hari kami ke kedai makan nak breakfast dulu huhuhuhu pastu kami memulakan trip kami ke perigi hang Li Poh untuk melihat sejarah kat sana.
bacalah sendiri. penat nak menaip panjang-panjang kikikiki
pastu kami pun jalan-jalan la ke tempat bersejarah yang memang sudah menjadi minat saya kalau bab-bab sejarah nih.
pokok melaka
Istana Kesultanan Melaka, tempat bersejarah paling diminati
banyak lagi tempat yang kami lawati. (tak sempat nak amik gambar huhuhuhu) sesudah tu kami pun balik ke hotel mandi dan salin baju lepas tu kami keluar lagi untuk makan malam di restoran baba yang terletak tak jauh dari hotel kami. lepas tu kami pun jalan-jalan la ke pasar malam jonker walk untuk cuci mata cuci poket. (sori kami tak sempat ambil gambar huhuhuhu) selepas jam 11.30pm kami pun balik la ke hotel dan tidur la ape lagi kikikiki...
6 oktober
kami bangun awal pagi untuk bersarapan di kedai yang mula-mula kami bersarapan di jonker walk dan sempat la kami berjalan-jalan sekitar kawasan tu lepas tu kami balik hotel, packing dan balik masing-masing ke putrajaya dan singapore pada jam 11.30am. perjalan kami mengambil masa 4 jam sebab jem teruk sepanjang ayer keroh ke nilai.
Posted by Samuraiz_Heart at 7:36 AM 2 comments
Monday, August 18, 2014
19/08/2014
Semalam
time out station ke KLIA ade sorang awek from some academy datang ke STU nak
beli AIP n Mr.S mewakili aku berurusan ngannya memandangkan aku takde kt
opis.. besok baru dia datang beli ngan aku.. sebelum tu biarlah aku ceritakan
ckit mengenainya. awek tu non malay.. (berdasarkan namanya yang agak
keborneoan) arini dia call aku n bila aku dengar suaranya yang fasih berbahasa
melayu n merdu, aku tergaman sejuta bahasa
peerrgghhh! aku dah tanya amin td katanya wajahnya agak kecina-cinaan tapi
bunyi percakapan pertuturannya sejibik melayu semenanjung..
nota nak mintak kaki: tak sabar nak jumpa yu besok.. mesti yu secantik suara yu kan? kikiki!
nota nak angkat kaki: please darling dun kill me! i just kidding k.. ruuunnnnnn!!!!
Posted by Samuraiz_Heart at 9:00 PM 0 comments
Sunday, June 15, 2014
GAF PUTRAJAYA 2014
wakil SIC JB Crew
wakil SIC Serngikayani, kebanggaan kami
Kak Norli Alias, Officemate merangkap kakak angkatku
flush style dari Thailand
day 2: motoshow (27/6/14)
Posted by Samuraiz_Heart at 3:27 AM 0 comments





















































