BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Wednesday, October 8, 2014

Percutian Ke Melaka Bersama Adik-Beradik Yang Lain

 Pada 4 Oktober yang lalu, kami mengadakan percutian yang dipanggil 'siblingsday' di Melaka itu pun secara last minute plan. saya pergi bercuti bersama 4 orang adik-beradik dan seorang abang ipar. (kaklong dan 2 orang adik perempuan) Saya bertolak dari Putrajaya bersama 2 adik dengan menaiki kereta saya manakala kaklong dan abang ipar saya menaiki bas dari jb dari jam 9 pagi dan masing-masing sampai ke Melaka sentral pada jam 1.30pm tu pon sebab jem teruk sepanjang highway seremban ke pedas-linggi. maklum la time tu orang berpusu-pusu balik raya haji. Sampai kat situ kami pun bergerak la ke hotel tempat kami menginap di jonker walk, so senang la kami hanya berjalan kaki ke bandar melaka kan3 kikikiki...








                                    berselfie dulu sebelum makan kikikiki


Setelah berehat sebentar di hotel kami pun memulakan trip kami dengan singgah makan di sebuah restoran baba nyonya di jonker walk. Sesudah tu kitorang pun jalan-jalan la sambil cuci mata sepanjang jonker walk kikikiki!





                                             ni la kaklong saya. kikikikiki











                                      wat sketsa plak kikikiki



ni je sempat saya beli kat bangunan St. Paul (gambar tak sempat amik :p) buat hiasan dalam kereta kikiki...


5 Oktober
 Pagi-pagi buta lagi dah kami memulakan hari kami ke kedai makan nak breakfast dulu huhuhuhu pastu kami memulakan trip kami ke perigi hang Li Poh untuk melihat sejarah kat sana.



              bacalah sendiri. penat nak menaip panjang-panjang kikikiki


pastu kami pun jalan-jalan la ke tempat bersejarah yang memang sudah menjadi minat saya kalau bab-bab sejarah nih.



                                                     pokok melaka








 Istana Kesultanan Melaka, tempat bersejarah paling diminati


banyak lagi tempat yang kami lawati. (tak sempat nak amik gambar huhuhuhu) sesudah tu kami pun balik ke hotel mandi dan salin baju lepas tu kami keluar lagi untuk makan malam di restoran baba yang terletak tak jauh dari hotel kami. lepas tu kami pun jalan-jalan la ke pasar malam jonker walk untuk cuci mata cuci poket. (sori kami tak sempat ambil gambar huhuhuhu) selepas jam 11.30pm kami pun balik la ke hotel dan tidur la ape lagi kikikiki...

6 oktober

 kami bangun awal pagi untuk bersarapan di kedai yang mula-mula kami bersarapan di jonker walk dan sempat la kami berjalan-jalan sekitar kawasan tu lepas tu kami balik hotel, packing dan balik masing-masing ke putrajaya dan singapore pada jam 11.30am. perjalan kami mengambil masa 4 jam sebab jem teruk sepanjang ayer keroh ke nilai.

 











2 comments:

BRO_MONDAY said...

best!!!

BRO_MONDAY said...

melaka banyak.khazanah warisan...