BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Wednesday, March 6, 2019

KISAH PENGALAMAN MELIHAT KEMALANGAN DI DEPAN MATA SEMASA DALAM PERJALANAN TRAVEL KE SKUDAI JOHOR BHARU

 Hari sabtu lepas (2/3/2019) aku memandu sendiri pergi ke skudai untuk menghadiri majlis makan-makan kawan sekolah rendah dan sambil-sambil tu diadakan majlis reunion kitorang. Majlis tu diadakan pada jam 7.00pm. So pagi sabtu aku bertolak dari Putrajaya pada kira-kira jam 10.45am macam tu. Dengan perasaan cuak dan teragak-agak aku drive sensorang ke sana dengan takda satu pun idea tentang skudai mahupun JB. Aku tawakal je. Disebabkan pertama kali drive ke sana aku berhenti di setiap R&R dan hentian sebelah untuk singgah kencing dan makan dan juga singgah lelap sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

 Nak dijadikan cerita, aku singgah ke R&R Ayer Keroh untuk lelapkan mata sebentar dan hampir sejam selepas itu aku teruskan perjalanan. Semasa dalam perjalanan aku berada di lorong tengah dan di depan kereta aku 2 buah lagi kereta di hadapan. Beberapa buah kenderaan memotong dengan laju dari lorong kanan seolah-olah sedang berlumba, dan sebuah Honda Accord berwarna putih yang turut berlumba masuk ke lorong kiri (ke depan kereta yang paling depan sekali di lorong tengah) secara memancung dan secara tiba-tiba Honda Accord tersebut hilang kawalan dan terbalik di depan mata aku sendiri! aku dan beberapa buah kenderaaan termasuk 2 buah trailer dan beberapa buah motosikal berhenti ke bahu jalan untuk bergegas menyelamat.




 Aku terus call ke 999 untuk memanggil ambulans. Kelihatan rakan mangsa sedang berusaha memanggil mangsa yang matanya separuh terbuka dengan nafasnya dan sangat pendek. Memang tengah nazak mangsa tu. Pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan di belakang kepala. Ambulans mengambil masa hampir sejam untuk tiba di lokasi kejadian tapi tak boleh salahkan ambulans jugak sebab aliran trafik pada masa tu sangat padat menyukarkan ambulans tiba di lokasi kejadian.





 Setelah ambulans tiba dan mangsa dibawa menaiki ambulans aku nampak staf ambulans sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa kemalangan dalam ambulans sebelum dikejarkan ke hospital. Dan setelah itu aku pun teruskan perjalan ke skudai.

 Sampai sekarang aku tak dapat info lagi keadaan mangsa kemalangan tersebut.





0 comments: