Tatkala kita makan makanan yang bertulang macam ayam ke ikan masin ke so tanpa kita sedar bila kita nak kunyah tulang2 atau benda keras yg halus tu mencederakan lelangit kita menyebabkan lelangit berdarh tanpa henti. so cara yang paling berkesan untuk hentikan pendarahan adalah dengan melumurkan garam halus (kalau ada) ke luka lelangit tu. ni petua dari mama aku bila aku pernah kena camni. memang la pedih tapi sangat berkesan menghentikan pendarahan pada lelangit. bagi pendarahan pada anggota badan yang lain aku tak pernah try la tapi boleh la kot klu xda minyak gamat atau plaster di masa terdesak bagi menghentikan pendarahan.
Monday, January 7, 2019
Cara Hentikan Pendarahan Pada Lelangit
Posted by Samuraiz_Heart at 3:37 AM 0 comments
Labels: garam, hentikan, lelangit, mulut, pendarahan, petua, tips
Wednesday, January 10, 2018
Posted by Samuraiz_Heart at 7:53 PM 0 comments
Monday, January 8, 2018
KISAH MENYAYAT HATI PANTY JIRAN SEBELAH ATAS JATUH ATAS PAGAR BERANDA RUMAH.
Aku tinggal di apartment kuarters di presint 11 Putrajaya. Biasalah hidup di apartment ni macam-macam pe'el jiran dah aku temui. Ada yang ok memang ok la tak kurang juga yang tak ok... mmmm sabo jela. Kejadian ni berlaku pada sabtu malam lepas selesai excercise dalam rumah.
Aku keluar ke beranda kejap nak amik angin, maklumlah penat kan. Tiba-tiba aku perasaan sesuatu berwarna putih tersangkut pada pagar beranda umah. bila aku teliti rupanya panty jiran tingkat atas tercicir ke umah aku. Ajaib kan?
Posted by Samuraiz_Heart at 3:24 AM 0 comments
MULA MEYERTAI G-SHOCK AUCTION DI FACEBOOK
Salam sejahtera, dah lama aku menyepikan diri dalam blog life kan? kikikiki. kali ni im back! hehehehehe! Aku nak kongsikan pengalaman aku menyertai bidaan jam G-Shock di facebook pada minggu lepas. Bukan sebagai penjual tapi sebagai pembeli/pembida.
G-Shock adalah hasil rekaan seorang jurutera Casio Bernama Kikuo Ibe sejak tahun 1983 dan sekarang ni jam tangan ciptaan beliau masih menjadi fenomena dan harga seconhand jam G-Shock pon tak jatuh klu dijual.
Oklah, berbalik kepada kisah aku tadi, aku mula membida jam G-Shock pada isnin lepas tapi bidaan aku sering menemui kekalahan. Yela pembida semuanya 'kaya-raya'. Sehinggalah pada Khamis lepas aku menang bidaan. Seller post pada hari Khamis hari aku menang auction pastu jam tu sampai pada keeesokan harinya. Cepatkan.
Monday, April 4, 2016
ERTI PERSAHABATAN
Fitrah manusia yang hidup di dunia ini mempunyai kawan, tak kisah lah kawan biasa, kawan baik, sahabat baik, kawan karib, rakan sekelas, rakan sekolah, rakan sekerja atau teman tapi mesra tapi yang pasti semua orang mempunyai kawan. ada yang tidak mempunyai seorang kawan pun mungkin kerana dia mempunyai masalah dengan dirinya sendiri atau mungkin dia merasa terluka dengan keadaan sekelilingnya atau mungkin keadaan memaksa. mmmm ntahh la.
Dalam dunia yang mencabar ini kita sering melihat senario di mana kawan ada berbagai jenis. Ada yang jenis kawan yang membantu, ada jenis kawan yang sanggup berkorban untuk kawannya dan ada juga jenis kawan yang makan kawan. Itu semua bergantung kepada hati nurani masing-masing. Kawan yang sejati adalah kawan yang bisa membantu, yang bisa menenangkan kawannya tatkala kawannya dilanda kesedihan dan kawan yang bisa membuat kawannya tersenyum. Kadang-kala terdengar juga pasangan yang dulunya kawan baik kini menjadi pasangan kekasih dan tak kurang juga yang kini menjadi pasangan suami isteri. Inilah yang dinamakan jodoh. Siapa tahu kan. :)
Apapun dalam kita berkawan janganlah kita lupa akan tanggungjawab kita kepada ibu-bapa serta adik-beradik dan juga kepada suami atau isteri dan anak-anak. Bak kata pepatah "berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu, berkahwin biarlah empat" wakakakakaka!
Posted by Samuraiz_Heart at 9:18 PM 0 comments
Thursday, March 24, 2016
MENONTON WAYANG FILEM ANIMASI BOBOI BOY THE MOVIE
Semalam aku pergi menonton wayang 'Boboi Boy' di GSC Alamanda Putrajaya pukul 2.30pm. Aku memang peminat setia siri boboi boy nih dari awal kemunculannya lagi. Berbalik pada kisah semalam, jam dah 2.30pm baru aku sampai tu pun beli baru nak beli tiket kikikiki!
Posted by Samuraiz_Heart at 6:14 PM 0 comments
Friday, March 18, 2016
Hukum Karma
Bangun pagi je aku surf facebook aku terlihat posting yang menyakitkan hati. Ianya tentang conversation seorang lelaki dengan rakan perempuannya mengenai kisah budak lelaki tu yang mengetest market beberapa orang gadis di dalam facebook chat.
Nampak sangat budak lelaki tu kurang matang dalam pergaulan. Nasihat aku kepada budak ni: Mungkin arini ko seronok nak ngetest market semua awek-awek yang ko baru kenal tapi ko jangan lupa dalam banyak-banyak awek yang ko test market mungkin ko akan jatuh cinta sepenuh hati kepada salah seorang awek yang mana dialah yang akan mempermainkan perasaan ko dan ko akan masih tetap menyintainya sepenuh hati walaupun ko kena game ngan awek tu. Jangan lupa hukum karma. Tu je nasihat abang.
Posted by Samuraiz_Heart at 6:37 PM 0 comments







