BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Thursday, March 24, 2016

MENONTON WAYANG FILEM ANIMASI BOBOI BOY THE MOVIE

 Semalam aku pergi menonton wayang 'Boboi Boy' di GSC Alamanda Putrajaya pukul 2.30pm. Aku memang peminat setia siri boboi boy nih dari awal kemunculannya lagi. Berbalik pada kisah semalam, jam dah 2.30pm baru aku sampai tu pun beli baru nak beli tiket kikikiki!








Berikut adalah komentar aku tentang cerita ini:


LEBIH KELAKAR

 Animasi Boboi Boy lebih kelakar dari siri dalam TV sebelum ni. Ini terbukti bila ramai orng dalam pawagam gelak sakan tengok citer nih wakakaka!

LEBIH AKSI

 Memang banyak aksi mendebarkan dan mengujakan. dan macam animasi jepun. Serius best!


ADEGAN YANG AMAT MENYEDIHKAN

 Scene yang paling menyedihkan di mana semasa Ocobot mati dan semasa Klamkabot (generasi pertama sebelum Ocobot) menyerahkan kuasa terakhirnya kepada ocobot untuk menghidupkan balik ocobot klamkabot mati. Serius sebak aku tengok coz terharu tengok persahabatan antara boboi boy dengan ocobot.


Ok begitulah komentar aku tentang filem animasi boboi boy nih. Aku bagi 9/10. serius best sangat!