BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Monday, September 23, 2013

MENGANGGOTAI KELAB SAGA ISWARA KAWASAN SERDANG, BANGI, KAJANG, PUTRAJAYA DAN NILAI (SIC SERNGIKAYANI)

  Gua telah menganggotai kelab saga iswara 2 minggu selepas hari raya yang lalu selepas tragedi kemalangan yang menimpa gua 2 hari sebelum raya. (6/8/2013) Masa tu memang rasa terseksa gua nak keluar rumah sepanjang Selina kesayangan gua berada di 'hospital' dia balakong. Akibatnya badan gua semakin naik dan naik dan naik dan naik............ wakakakakakakaka ape yang gua mengarut nih?
  Fist TT Official (tea time or tehtarik time, istilah bagi mana-mana kelab kereta atau persatuan untuk berkumpul bersama) yang gua hadiri adalah di Restoran Anjung Selera Timur di Bandar Tun Hussein Onn di Cheras Selangor. oo ye lupa gua nak sekolahkan pembaca sekalian berkenaan dengan TT. TT terbahagi kepada 2 iaitu TT Official dan TT haram. TT Official bermaksud TT rasmi yang dianjurkan secara rasmi sama ada oleh president SIC Malaysia atau SIC Serngikayani itu sendiri dan dipetik ke dalam pages Facebook rasmi SIC Serngikayani dan semua pengikut SIC Serngikayani diwajibkan hadir kerana ada beberapa acara rasmi dan pesanan di sana. Bagi yang gagal menghadirinya atas alasan munasawarak adalah dimaafkan. Nak wat camne kan. hehehehehehe... Selain itu gua ada menghadiri banyak TT haram khusus untuk mengeratkan silaturahim antara para anggota SIC Serngikayani dan saling bertukar pandangan, bertukar idea, bertukar perasaan. cheehhwaahh ayat jiwang gituuu :P Gambar2nye nantilah gua upload coz gua punya handphone ni tak boleh nak upload masuk ke PC opis pulak. hampehh!

0 comments: