BLOGGER TEMPLATES AND Blogger Templates »

Wednesday, January 10, 2018


Terjumpa gambar nih kat Facebook. Gambar nih aku pernah upload wat profile pic pada tahun 2011. Ensem kan kikikikikiki!!!

Monday, January 8, 2018

KISAH MENYAYAT HATI PANTY JIRAN SEBELAH ATAS JATUH ATAS PAGAR BERANDA RUMAH.

  Aku tinggal di apartment kuarters di presint 11 Putrajaya. Biasalah hidup di apartment ni macam-macam pe'el jiran dah aku temui. Ada yang ok memang ok la tak kurang juga yang tak ok... mmmm sabo jela. Kejadian ni berlaku pada sabtu malam lepas selesai excercise dalam rumah.
 Aku keluar ke beranda kejap nak amik angin, maklumlah penat kan. Tiba-tiba aku perasaan sesuatu berwarna putih tersangkut pada pagar beranda umah. bila aku teliti rupanya panty jiran tingkat atas tercicir ke umah aku. Ajaib kan?




 Aku ajukan aduan ni dekat whatsapp group blok kejiranan bertanyakan tuan empunya panty nih (tapi aku takde la sampai nak upload gambar panty nih nanti malulah ownernya). Tok Penghulu blok ada pm aku suruh aku simpan dan tunggu sehingga tuan empunya pm aku untuk urusan pemulangan balik barang dia. Sehingga blog ini ditulis tiada seorangpun yang sanggup tampil bertanggungjawab. mmmmmmmm ntah la....

MULA MEYERTAI G-SHOCK AUCTION DI FACEBOOK

 Salam sejahtera, dah lama aku menyepikan diri dalam blog life kan? kikikiki. kali ni im back! hehehehehe! Aku nak kongsikan pengalaman aku menyertai bidaan jam G-Shock di facebook pada minggu lepas. Bukan sebagai penjual tapi sebagai pembeli/pembida.
 G-Shock adalah hasil rekaan seorang jurutera Casio Bernama Kikuo Ibe sejak tahun 1983 dan sekarang ni jam tangan ciptaan beliau masih menjadi fenomena dan harga seconhand jam G-Shock pon tak jatuh klu dijual.
 Oklah, berbalik kepada kisah aku tadi, aku mula membida jam G-Shock pada isnin lepas tapi bidaan aku sering menemui kekalahan. Yela pembida semuanya 'kaya-raya'. Sehinggalah pada Khamis lepas aku menang bidaan. Seller post pada hari Khamis hari aku menang auction pastu jam tu sampai pada keeesokan harinya. Cepatkan.




G-Shock DW6900-1V yang aku menang bidaan.



Berapa harga bidaan biarlah rahsia hehehehehe!




Tuesday, December 26, 2017

Saturday, April 9, 2016

Monday, April 4, 2016

ERTI PERSAHABATAN

 Fitrah manusia yang hidup di dunia ini mempunyai kawan, tak kisah lah kawan biasa, kawan baik, sahabat baik, kawan karib, rakan sekelas, rakan sekolah, rakan sekerja atau teman tapi mesra tapi yang pasti semua orang mempunyai kawan. ada yang tidak mempunyai seorang kawan pun mungkin kerana dia mempunyai masalah dengan dirinya sendiri atau mungkin dia merasa terluka dengan keadaan sekelilingnya atau mungkin keadaan memaksa. mmmm ntahh la.

 Dalam dunia yang mencabar ini kita sering melihat senario di mana kawan ada berbagai jenis. Ada yang jenis kawan yang membantu, ada jenis kawan yang sanggup berkorban untuk kawannya dan ada juga jenis kawan yang makan kawan. Itu semua bergantung kepada hati nurani masing-masing. Kawan yang sejati adalah kawan yang bisa membantu, yang bisa menenangkan kawannya tatkala kawannya dilanda kesedihan dan kawan yang bisa membuat kawannya tersenyum. Kadang-kala terdengar juga pasangan yang dulunya kawan baik kini menjadi pasangan kekasih dan tak kurang juga yang kini menjadi pasangan suami isteri. Inilah yang dinamakan jodoh. Siapa tahu kan. :)

 Apapun dalam kita berkawan janganlah kita lupa akan tanggungjawab kita kepada ibu-bapa serta adik-beradik dan juga kepada suami atau isteri dan anak-anak. Bak kata pepatah "berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu, berkahwin biarlah empat" wakakakakaka!

Thursday, March 24, 2016

MENONTON WAYANG FILEM ANIMASI BOBOI BOY THE MOVIE

 Semalam aku pergi menonton wayang 'Boboi Boy' di GSC Alamanda Putrajaya pukul 2.30pm. Aku memang peminat setia siri boboi boy nih dari awal kemunculannya lagi. Berbalik pada kisah semalam, jam dah 2.30pm baru aku sampai tu pun beli baru nak beli tiket kikikiki!








Berikut adalah komentar aku tentang cerita ini:


LEBIH KELAKAR

 Animasi Boboi Boy lebih kelakar dari siri dalam TV sebelum ni. Ini terbukti bila ramai orng dalam pawagam gelak sakan tengok citer nih wakakaka!

LEBIH AKSI

 Memang banyak aksi mendebarkan dan mengujakan. dan macam animasi jepun. Serius best!


ADEGAN YANG AMAT MENYEDIHKAN

 Scene yang paling menyedihkan di mana semasa Ocobot mati dan semasa Klamkabot (generasi pertama sebelum Ocobot) menyerahkan kuasa terakhirnya kepada ocobot untuk menghidupkan balik ocobot klamkabot mati. Serius sebak aku tengok coz terharu tengok persahabatan antara boboi boy dengan ocobot.


Ok begitulah komentar aku tentang filem animasi boboi boy nih. Aku bagi 9/10. serius best sangat!